SLOGAN

PEKERJA DI UTAMAKAN, ORGANISASI DI MAJUKAN

Tuesday, December 22, 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR, WIL TERENGGANU

18/12/2009 Kuala Terengganu - Satu lawatan telah di anjurkan oleh pejabat wilayah selatan ke pejabat Wilayah Terengganu dan sekitarnya yang bermula pada 18hb sehingga 20hb Disember 2009. Objektif lawatan ini dibuat ialah untuk memberi pendedahan kepada Peserta yang terdiri daripada kakitangan Wilayah Selatan yang majoritinya kakitangan baru. Dengan lawatan tersebut di harapkan kakitangan Aim Wilayah Selatan dapat menimba ilmu dan pengalaman dari kakitangan pejabat Wilayah Terengganu yang merupakan antara........
>>berita penuh<< >>geleri<<

Monday, December 21, 2009

Dimanakah Anda ??

TABIAT KERJA

rajin bercakap, rajin bekerja
BAGUS

rajin bekerja, malas cakap
KENA BULI

malas bekerja, rajin bercakap
WAYANG CINA

malas bekerja, malas bercakap
TAK GUNA

malas bekerja, suka mengadu
LALAT HIJAU

malas bekerja, selalu ponteng
BAIK BERHENTI

malas bekerja, suka menyibuk
BAIK MATI

oleh Profesor Diraja Ungku Aziz.

Thursday, December 17, 2009

KUALA PILAH cantik, beres, power

Kuala Pilah – Majlis Perasmian Cawangan Emas, Zero PAR dan Pertandingan Nasyid AIM Cawangan Kuala Pilah telah dilangsungkan pada 13 Disember 2009 yang lalu. Majlis ini diadakan di Dewan Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Hassan Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah. Antara tetamu lain yang turut hadir ialah YH. Dato’ Haji Amihamzah Ahmad, Pengerusi Lembaga AIM serta Puan Nor Fazidah Kadri, Pengarah Bahagian Pinjaman dan Operasi AIM.

>>berita penuh<< >>geleri<<

Monday, December 7, 2009

KEJOHANAN SUKAIM09



Kota Bharu - Pada 4,5,6/12/09 yang lepas telah berlangsung Sukan koperasi AIM 2009 (SUKAIM09) di Maktab Perguruan Pengkalan Chepa. Kontijen Sukaim09 wilayah selatan telah menunjukkan prestasi dan semangat melawan yang tinggi dalam semua acara yang di pertandingkan. kontinjen Wilayah selatan telah meninggal Sukaim 2009 dengan kenangan yang manis, suka dan duka. Walaupun tidak banyak kejuaraan yang kita perolehi dalam sukaim09 kali ini, apa yang dapat di lihat dalam sukaim 09 kali adalah semangat, kerjasama, bersatu padu dalam menentang pihak lawan itu merupakan satu kemenangan bagi kita. Antara kejayaan yang di perolehi adalah

KEJUARAAN PERBARISAN
KEJUARAAN RUBIK'S CUBE
SEPARUH AKHIR BOLA SEPAK
NAIK JOHAN DART (WANITA)
NAIK JOHAN KARUM (LELAKI)

Semoga Sukaim 2010 menjanjikan keputusan yang lebih cemerlang bagi semua atlit dan kontijen Wilayah ini. UNTUK BERJAYA PADA MASA DEPAN, KITA PERLU BERMULA DARI SEKARANG.

Terima Kasih kepada semua penyokong yang terus menyokong dari belakang dan kepada pemain tingkatkan prestasi bermula dari sekarang.