SLOGAN

PEKERJA DI UTAMAKAN, ORGANISASI DI MAJUKAN

Tuesday, August 25, 2009

WAKTU BEKERJA BULAN RAMADHAN 1430H DAN CUITI AIDILFITRI 2009

Setiap kali bulan Ramadhan akan ada Perubahan pada waktu kerja untuk pejabat AIM, kakitangan boleh upload jadual di bawah, juga di sertakan tarikh cuti AIDILFITRI pada ketetapan berikut. Dapatkan jadual waktu kerja dan cuti di bawah.

Dari Abu Hurairah r.a kataya:”Rasulullah s.a.w melarang puasa pada dua jenis hari. Iaitu pada hari raya Idul Adha (10 Zulhijjah) dan hari raya Idul Fitri (1 Syawal).”

>>Bekerja dan Cuti<<

PROGRAM PENGHAYATAN RAMADHAN AIM

kepada kakitangan AIM yang terlibat dalam program ini sama-samalah kita menggunakan peluang ini untuk merapatkan diri dengan ALLAH s.w.t,

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a, beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang yang paling besar pahala solatnya ialah orang yang paling jauh (dari masjid). Dan sesudah itu ialah orang yang menunggu-nunggu waktu untuk solat sehingga ia solat dengan imam, lebih besar pahalanya daripada ia solat (sendiri) kemudian ia tidur.”

>>Agenda Program<<

Friday, August 21, 2009

BENGKEL 'DAILY BALANCING'

BENGKEL 'DAILY BALANCING'
Tarikh : 20 Ogos 2009
Tempat : Pejabat Wilayah Selatan
Masa : 8.00 am

Seramai 11 orang Sri Kandi cawangan telah hadir ke seremban untuk menimba ilmu dalam pengurusan daily balancing. PAS (pembantu amanah sistem) adalah antara orang yang penting di cawangan, segala data dan maklumat cawangan di kendalikan oleh PAS. Di harapkan pihak-pihak lain tidak memandang mudah kerja sebagai seorang PAS. Ilmu yang di perolehi pada hari tersebut dapat di gunakan sebaiknya, dan kepada kakitangan cawangan lain diharapkan dapat bekerjasama dengan baik sebagai satu team yang kuat. >>Geleri<<

Tuesday, August 18, 2009

Tabung Kebajikan KEPAIM

TUJUAN
Tabung ini ditubuhkan adalah bagi tujuan-tujuan berikut :-
(i) Untuk membolehkan penama ahli atau waris ahli yang sah mendapat bantuan apabila berlaku kematian ahli itu ;
(ii) Untuk memberikan bantuan kepada ahli-ahli semasa ahli-ahli ditimpa musibbah, kemalangan, bencana, sakit ; dan
(iii) Untuk memberikan bantuan kepada ahli-ahli yang diberhentikan kerja dengan sebab kesihatan.

>>Perjuangan KEPAIM<<

Tuesday, August 11, 2009

PERMOHONAN SAGUHATI PENGHARGAAN

Kesatuan Pekerja-Pekerja Amanah Ikhtiar Malaysia Semenanjung Malaysia (KEPAIM) melalui Mesyuarat Agung DwiTahunan Kali Ke 5 pada 04hb. Julai, 2009 telah memutuskan untuk memohon kepada pihak Dato’ agar meluluskan pemberian Saguhati Penghargaan sebanyak 2 (dua) Bulan Gaji Pokok dan dengan kadar minima RM 2000 kepada semua pekerja AIM.

>>berita lanjut<<

KOPERASI AIM BERHAD

Koperasi Aim Bhd. telah melancarkan laman web yang terbaru, melambangkan satu organisasi yang kukuh dan berdaya maju. Banyak kemudahan yang telah tersedia dalam laman web yang terbaru ini. Diharapkan semua kakitangan boleh mendapat maklumat dari web yang terbaru ini. melalui sisipan 'kemudahan pekerja' >>koperasi Aim<<

Friday, August 7, 2009

INFLUENZA A (H1N1)

Salam Sejahtera kepada ahli-ahli Kepaim dan kakitangan Aim, untuk makluman setiap cawangan di WSL telah di bekalkan 2 salinan Flyers berkenaan dengan influenza A(H1N1), FLYERS PERLU DILEKATKAN PADA PAPAN KENYATAAN CAW. MASING-MASING supaya setiap kakitangan dapat memperolehi makalumat berkenaan hal ini. Anda boleh download flyers disini
Diharapkan pihak pengurusan Aim mengambil berat tentang hal ini kerana ramai kakitangan kita berada dalam keadaan terdedah dengan influenza A(H1N1) ini, sebagai contah pihak pengurusan dapat menyediakan mask secara percuma kepada kakitangan lapangan. Nyawa lebih berharga dari segalanya. >>Download<<>>DOA<<

Thursday, August 6, 2009

Karnival Usahawan Ikhtiar 2009

Karnival Usahawan Ikhtiar 2009 telah berlangsung pada 30 Julai hingga 1 Ogos 2009 di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu. Pelbagai acara menarik telah diatur sempena karnival ini. Karnival yang berlangsung selama tiga hari ini telah dirasmikan oleh Y.H. Dato’ Amihamzah Ahmad, Pengerusi Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). >>geleri<<>>berita penuh<<

Tuesday, August 4, 2009

SISTEM MAKLUMAT SUMBER MANUSIA

Kepada kakitangan Aim, anda boleh melayari Sistem Maklumat Sumber Manusia (SMSM) AIM di dalam blog ini ( lihat di sebelah, pada KEMUDAHAN PEKERJA ). Di dalam sistem ini segala maklumat peribadi kakitangan ada di dalam, semua staff akan di beri Password masing-masing, password anda adalah rahsia anda.