SLOGAN

PEKERJA DI UTAMAKAN, ORGANISASI DI MAJUKAN

Tuesday, June 29, 2010

KECURIAN DI PEJABAT AIM KUALA LANGAT.

KUALA LANGAT 26/06/2010 -Hari sabtu, pejabat Aim Kuala Langat telah di pecah masuk antara jam 830am hingga 4.00pm. Kejadian tersebut disahkan oleh salah seorang kakitangan Aim Kuala langat yang mana telah datang ke pejabat pada pukul 8.00am, keadaan pejabat pada masa itu dalam keadaan baik. Dia datang semua ke pejabat untuk mengambil surat SUCSO pada pukul 6.30pm telah mendapati pintu pejabat dalam keadaan terbuka dan mendapati 4 buah komputer hilang, keadaan pejabat pada masa itu berselerak dan tidak teratur. sehubungan dengan itu satu laporan di buat di Balai Polis Banting berhubung kes tersebut pada pukul 7.00pm.

Wednesday, June 23, 2010

RAYUAN DERMA KEPADA SAUDARI NURSURIATY BINTI HASHIM

Saudari Nursuriaty binti Hashim yang beralamat di Kg. Panchur, 06400 Pokok Sena, Alor Setar , yang juga merupakan kakitangan AIM di Cawangan PKMB Kota Bharu kini terlantar kerana sakit misteri dan mendapat rawatan di kampung halaman beliau.Sebelum ini beliau mendapat rawatan di hospital namun setelah tidak dapat dipulihkan kerana tidak dapat mengenalpasti penyakit yang dialami beliau, keluarga beliau telah membawa pulang ke rumah bagi mendapatkan rawatan secara tradisional. Keadaannya beransur pulih namun masih memerlukan rawatan lanjut buat masa ini secara tradisional.Pengerusi Perhubungan KEPAIM Wilayah Kedah, Saudara Mohd Fadzani Fazil telah mengadakan lawatan ke rumah beliau dan mendapati keadaan beliau amat menyedihkan walaupun dikhabarkan telah beransur pulih. Buat masa ini bantuan kewangan amat diperlukan oleh memandangkan kos bagi mengurus diri memandangkan Saudari Nursuriaty tidak dapat berfikir dengan baik bagi mengurus diri. Keluarga beliau juga sentiasa mendapatkan rawatan susulan secara tradisional dan ini juga memerlukan perbelanjaan.


SUMBANGN BOLEH DISERAHKAN KEPADA MOHD SAID BIN ABD RAHMAN (PKMB JB 07-2375486) SELAKU EXCO KEPAIM WILAYAH SELATAN