SLOGAN

PEKERJA DI UTAMAKAN, ORGANISASI DI MAJUKAN

Friday, January 29, 2010

SELAMAT.

Selangor 28/01/10:Pegawai Rancangan (PR) Marziah Jalalduddin, telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di jalan Sungai Pelek Sepang selangor sewaktu dalam perjalanan pulang dari Mesyuarat tindakan Wilayah (MTW) di Port Diskson. Di percayai PR cuba untuk mengelak sebuah kenderaan yang datang dari arah bertentang lalu terbabas di sebelah kiri jalan sebelum melanggar sebuah pondok bas. Walaubagaimanapun PR selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pada hari sebelumnya iaitu pada 27-01-10 satu kemalangan juga melibat staff dari wilayah selatan, Pengurus cawangan (PC) seremban En Mohd abdul Rahim B Hashim telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan dari Bukit Mahkota ke tempat kerjanya di Seremban, kereta Myvi yang di pandu PC di percayai telah hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan sebelah kanan lebuh raya utara selatan menghala ke seremban selepas susur keluar nilai. PC mengalami kecederaan ringan.

Kedua-dua mereka selamat, diharapkan semua kakitangan terutamanya staff yang berada di lapangan harap berhati-hati sewaktu menjalankan tugas. semoga Allah melindungi anda semua.