SLOGAN

PEKERJA DI UTAMAKAN, ORGANISASI DI MAJUKAN

Thursday, December 17, 2009

KUALA PILAH cantik, beres, power

Kuala Pilah – Majlis Perasmian Cawangan Emas, Zero PAR dan Pertandingan Nasyid AIM Cawangan Kuala Pilah telah dilangsungkan pada 13 Disember 2009 yang lalu. Majlis ini diadakan di Dewan Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Hassan Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah. Antara tetamu lain yang turut hadir ialah YH. Dato’ Haji Amihamzah Ahmad, Pengerusi Lembaga AIM serta Puan Nor Fazidah Kadri, Pengarah Bahagian Pinjaman dan Operasi AIM.

>>berita penuh<< >>geleri<<

No comments:

Post a Comment