SLOGAN

PEKERJA DI UTAMAKAN, ORGANISASI DI MAJUKAN

Tuesday, December 14, 2010

KEMALANGAN MELIBATKAN KAKITANGAN AIM KUALA LANGAT


Satu kemalangan jalanraya yang melibatkan kakitangan AIM Kuala Langat PA Nazeerah Mansor telah berlaku pada 02/12/2010 Khamis jam 08.30pagi di KM 33 Jalan Banting- Dengkil. Kereta PA tersebut telah berlanggar dengan sebuah lori tanah. Kecelakaan jalanraya itu berlaku ketika kakitangan tersebut dalam perjalanan ke tempat MP yang terletak di Taman Desa Surada Bangi.Ia dipercayai berpunca dari kesilapan lori tersebut yang dipandu laju dan membelok dengan tiba-tiba tanpa memberi signal. Akibat dari kemalangan tersebut PA telah mengalami trauma serta mendapat kecederaan ringan di kaki dan tangan.
semoga PA Nazeerah akan cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa. insyaallah. kepada kakitangan yang lain, berhati-hatilah di jalan raya. semoga allah bersama dan membantu anda.

wartaimselatan - ABIED

Monday, November 15, 2010

SUKAIM 2010 dalam sinar edisi Selangor dan KL

BANDAR BARU BANGI – Tujuh acara sukan dipertandingkan dalam Kejohanan Sukan Tahunan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) (Sukaim) 2010 yang disertai kira-kira 500 atlet terdiri dari kakitangan AIM semenanjung serta tiga pasukan dari Sabah dan Sarawak.

Kejohanan yang diadakan di Institut Penilaian Negara (Inspen) Bangi selama dua hari merupakan kerjasama antara AIM dengan Koperasi AIM Berhad dalam usaha memupuk semangat kesukanan kakitangan AIM serta menerapkan semangat berkumpulan dalam satu pasukan.

Pengarah Program, Zahrul Azhar Masguti berkata, seramai 500 peserta terdiri dari kakitangan AIM dari Semenanjung Malaysia , Sabah dan Sarawak telah menyertai kejohanan yang diadakan selama dua hari.

“Terdapat tujuh acara dipertandingkan antaranya bola sepak, sepak takraw, badminton, bola tampar, bola jaring, carum dan dart yang mendapat sambutan menggalakkan dari peserta.

“Pada kejohanan berkenaan, Kontijen Wilayah Perak telah berjaya dinobatkan johan keseluruhan Sukaim 2010”, katanya.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Amihamzah Ahmad yang turut dihadiri kepimpinan pengurusan AIM.

Menurutnya, objektif Sukaim diadakan untuk memupuk silaturahim dalam kalangan kakitangan AIM.

“Sikap kesukanan yang tinggi serta semangat berpasukan yang ditunjukkan setiap atlet menjadi kunci utama kejayaan Sukaim 2010.

“Wilayah Kedah bakal menjadi tuan rumah pada tahun hadapan dan kita akan terus berusaha memberikan kelainan dalam penganjuran sukan seumpama ini, katanya.
laporan Sinar Harian

Monday, November 1, 2010

TAHNIAH

PASUKAN BOLA SEPAK WILAYAH SELATAN
JOHAN
PERBARISAN WILAYAH SELATAN.
JOHAN


BOLA TAMPAR
SEPARUH AKHIR
SEPAK TAKRAW
SEPARUH AKHIR

Thursday, October 21, 2010

KEPERLUAN SUKAIM


PENGINAPAN ( PN. MAIMUNAH & CIK NORFARHANA)
*TUALA DAN SABUN TIDAK DISEDIAKAN
*PAKAIAN BATIK / PAKAIAN PEJABAT UTK MAKAN MALAM

Thursday, October 7, 2010

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI KAKITANGAN AIM WILAYAH SELATAN

Pada 30hb sept 2010 khamis - Bertempat di Mezzanine Floor, Royale Bintang Resort & SPA Seremban telah berlangsung satu Majlis Sambutan Aidilfitri. Program bermula pada pukul 8.00 pagi dengan pendaftaran. Program di teruskan dengan majlis ilmu, ceramah motivasi dari pada Ustaz Norazman Che Amat yang bertajuk "keindahan bekerja dalam islam" ceramah yang cukup menarik dan banyak ilmu yang dapat di perolehi dari pada ceramah motivasi tersebut.
Selesai ceramah tersebut, majlis diteruskan lagi dengan taklimat berkenaan Koperasi AIM Berhad (KAIMB), Kesatuan Pekerja-Pekerja AIM (KEPAIM) dan taklimat berkenaan Kelab Rekreasi dan Sukan Selatan (KRESS). Banyak maklumat yang di sampaikan tujuannya adalah untuk memberi maklumat dan pendedahan kepada kakitangan - kakitangan yang baru berkhimat.
seterusnya, acara perasmian yang di rasmikan oleh En. Zubairi b. Mohd Fadzil dengan gimik memotong kek. Selepas itu jamuan makan sempena hari raya dan persembahan daripada cawangan yang hadir pada hari tersebut.

Berita Penuh Geleri

Wednesday, September 22, 2010

JIKA KOMPUTER ANDA TIDAK BOLEH BUKA "GOOGLE DOCS" ANDA BOLEH BUAT RUJUKAN BERKENAAN PROGRAM DALAM RUANGAN AKTIVITI