SLOGAN

PEKERJA DI UTAMAKAN, ORGANISASI DI MAJUKAN

Tuesday, December 14, 2010

KEMALANGAN MELIBATKAN KAKITANGAN AIM KUALA LANGAT


Satu kemalangan jalanraya yang melibatkan kakitangan AIM Kuala Langat PA Nazeerah Mansor telah berlaku pada 02/12/2010 Khamis jam 08.30pagi di KM 33 Jalan Banting- Dengkil. Kereta PA tersebut telah berlanggar dengan sebuah lori tanah. Kecelakaan jalanraya itu berlaku ketika kakitangan tersebut dalam perjalanan ke tempat MP yang terletak di Taman Desa Surada Bangi.Ia dipercayai berpunca dari kesilapan lori tersebut yang dipandu laju dan membelok dengan tiba-tiba tanpa memberi signal. Akibat dari kemalangan tersebut PA telah mengalami trauma serta mendapat kecederaan ringan di kaki dan tangan.
semoga PA Nazeerah akan cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa. insyaallah. kepada kakitangan yang lain, berhati-hatilah di jalan raya. semoga allah bersama dan membantu anda.

wartaimselatan - ABIED